Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
(APCP)
Graduan Politeknik merupakan penyumbang utama tenaga kerja di dalam industri TVET negara. Pengiktirafan ini adalah untuk memberikan inisiatif khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pengajian di Politeknik. Anugerah ini juga sebagai nilai tambah kepada graduan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan di samping melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Penganugerahan ini mengiktiraf modal insan holistik yang bercirikan kemahiran dalam membangunkan industri di negara ini melalui Lonjakan 4: Graduan TVET Berkualiti (PPPM-PT).
OBJEKTIF
- Mengiktiraf dan menghargai pelajar cemerlang.
- Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.
- Mendorong pelajar untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di pelbagai peringkat.
- Menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum, kemahiran, kepimpinan dan sahsiah pelajar.
- Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti akademik supaya pelajar sentiasa berfikir kreatif dan inovatif.
- Memberi peluang kepada agensi luar untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar.
KATEGORI ANUGERAH
- Anugerah Ketua Jabatan (AKJ)
- Pingat Ketua Jabatan (PKJ)
- Anugerah Projek Terbaik (Penyelidikan & Inovasi)
- Anugerah Khas
- Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
- Anugerah Pengarah
Pelajar Berdaftar
Kursus Ditawarkan
Pensyarah Berdaftar
Anugerah